Thursday, September 8, 2011

Penting Cara Rotation Ayam

Salam,

Hmm betul kata orang tua-tua.Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tapi berat yang dipikul siapa yang tahu. Sekarang alhamdulillah. Skop pasaran dah banyak cabangnya. Semuanya melalui jualan pasar pagi. Pasaran sedia ada masih di sekitar Gemencheh, Jelai, Pasir Besar dan lain-lain. Kalau nak rasa sila lah ke pasar di waktu pagi. Sabtu, Ahad dan Selasa. Stok anak ayam masih tak dimasukkan lagi. Sebab reban perlu dicuci. Kalau tidak bonar ayam yang sakit.

Kadang ayam yang diternak bagi first batch memang sihat.Orang kata 5 % je kadar kematian. Memang betul ayam naik cepat kadang dalammasa 2 bulan setengah dah naik 1.3kg. Tapi harus ingat. Selepas 1 batch dah habis jual, reban kena rehat sekurang-kurangnya 3 ke 5 hari dan disembur antibiotik atau Campuran (Halia, Bawang Putih dan Kunyit"blendkan")  sembur direban supaya HAMA atau bakteria ke virus ke semuanya hilang atau mati. Dah confirm dengan apa yang kita buat, barulah masuk ayam baru iaitu 2 batch

Insyallah dapat juga result yang sama. Bukan macam saya dulu. Tak sompek nak rehat masuk je ayam baru. Last-last mata bengkak, ayam macam dahaga sesaja, hingus la batuk la haiyaaaa ... so jangan la nak buat. So dari pengalaman yang saya ada, boleh la kepada sesiapa tu follow. Tapi its depend on your decision.Not me.

Setakat nie demand orang terhadap ayam kampung tinggi. Tapi maklumlah semua nak murah. Kalau ayam daging boleh lah.Ayam kampung 3 ke 4 bulan. So kiralah makanan yang diberikan. Dedak tak hinggat harganya. So begitulah cara saya membuat rotatioan ayam.

No comments:

Post a Comment