Follower

Thursday, September 8, 2011

Harga Jualan Ayam Kampung

Salam,

Saya nak tekankan harga ayam kampung kalau boleh biar semuanya sama. Ini ada yang jual sampai harga lebih kurang sama macam ayam daging. Ayam Kampung kalau diberi starter dan Grower sama juga rasanya. Rasa sama je. Saya ada ternak ayam kampung ori juga. Apply dedak juga. Samo yo den gaso. Apo yang tak samo.  Bila tengah buat jualan banyak yang cakap kuat-kuat laaaa ayam kampung kacuk. Ingat Original. Tu yang paling saya kelakar sekali dengan orang kita nie. Macam bagus je/Boleh ke dia makan yang ori? Berat confirm tak sampai 1.2kg. Harga confirm super mahal,mau dalam sekilo Rm 21 hidupkot. Sebab apa kos nak sara hidp dia tu 6 bulan tu beb. Dah la makan segala macam sisa makanan. Fikir danrenungkan lah. Bersih ke sisa makan yang dimakan tu?

So pada saya harga ayam kampung perlu disamakan bagi seluruh malaysia. Barulah sesama kita boleh pergi dengan bisness sendiri.

3 comments:

  1. salam.. tumpang tanya.. ayam kampung ori tak de ker yang lebih 1.2 kg.. ayam kampung yang saya bela betina cecah 1.8 tapi bukan dara lah.. kalau citer pasal jual ayam kampung nie setahun sekali baru leh jual... ko ader bela ayam kampung baper harga ko jual... mana tahu kalau ader org nak bleh halo halo ko amik ayam kampung.. kat port dickson nie org jual paling tinggi rm15 1kg kacuk rm12 1kg kalau pasar ori rm12 1kg kacuk rm8 ke rm9 1kg.. menceh duk area mana ?

    ReplyDelete
  2. Saya duduk di Gemencheh Lama. Kalau nak diceritakan pasal ayam kampung ori payah nak dapat 1.2kg keatas. Bukan tak dapat..tapi lama tempohnya. Lagi-lagi 6 bulan keatas.. Aku jual ayam kampung fresh RM16 perkilo dan Salai RM18perkg. Yg tu harga kacuk. Kalau ori lagi mahal sebab tempohnya ayam tu nak disarakan terlalu lama.

    Tak tahu lah sebab ayam kampung nie pada saya harga memang susah nak dikawal sebab utamanya nak membesarkannya 4 bulan dan ayam daging hanya 33 hari sahaja.

    ReplyDelete
  3. Bisnes Online Mudah
    Jana duit mudah RM20K-RM50K sebulan sambilan dari rumah. Bukan MLM or Forex. Pergi ke https://goo.gl/7fLPgT ATAU WhatsApp +6012649918 utk maklumat lanjut

    ReplyDelete