Follower

Friday, July 8, 2011

Kadang bukan senang nak senang

Salam,

Rasanya berminggu juga saya runsing dan sedih. Yang pertama Mak sakit. Ambulan siap bawa ke Hospital Tampin. Katanya sakit Jantung. So saya dari KL bergegas balik emergency. Mmg benar. nampak Mak memag tidak sihat dan sentiasa dalam keletihan. Tu 2 minggu lepas. So bila tengok Mak dah ok sikit balik la ke KL semula. Minggu lepas pula dapat call dari abah. Nenek meminggal . Balik semula saya ke Kampung. Sempat juga tengok nenek. Sakit tua. Meninggal pun masa dalam keadaan baring di rumah. Hmm sedih betul. So kebumikan di Rokan. Selepas sembahyang jenazah.

So kepada pembaca, maaflah saya tidak update pada blog saya. banyak kejadian yang terjadi sejak 3 minggu yag lalu. So sekarang nie kadang tu mak ada la tolong-tolong juga. Tapi sekarang dia kena banyak berehat. Sedih memamng lah ader.

Sekarang keadaan reban macam biasa. Semua ayam yang sakit dah clear. maksudnya dah baik dan sudah dijual. Tapi ayam tak cukup. Saya pun apa lagi. Terpaksalah beli ayam dari kawan saya. Ok jugalah. Saya bantu dia , dia pun bantu saya.

So begitulah kisahnya.