Follower

Thursday, June 16, 2011

Update Jenis Penyakit Ayam

Salam,

Saya ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama. Berikut adalah jenis-jenis penyakit ayam yang saya dapat di beberapa laman web dan boleh diambil untuk dijadikan sebagai panduan bersama:-

EKTOPARASIT

- Tungau merah dan hama
- Pelbagai peringkat umur
- Cepat merebak
- Melalui sentuhan

TANDA-TANDA:-
  • Ayam lemah, lesu, pucat
  • Kurang selera makan
  • Bulu ayam akan kelihatan banyak hama atau tungau merah

PENGAWALAN
  • Nyahkutu dengan menggunakan serbuk natrium fluorida (servin) atau celup ke dalam larutan malathion
  • Reban yang telah dikosongkan hendaklah dicuci dengan malathion, servin, rabon dan ectiban

 

Koksidiosis (Berak darah)


- Parasit protozoa iaitu Eimeria – spesis yang terlibat adalah E.tenella, E.acervulina, E.maxima, E.necatrix, E.brunetti
- Peringkat anak ayam
- Cepat merebak
- Melalui makanan dan air yang tercemar dengan oosist

TANDA-TANDA:-
  • Najis mengandungi darah
  • Balung ayam kelihatan pucat
  • Warna kaki menjadi pudar dan kekeringan
  • Ayam lemah dan lesu
  • Kadar kematian tinggi pada anak ayam
  • Pendarahan di usus kecil dan sekum

PENGAWALAN
  • Antikoksidiosis

Salmonellosis


- Salmonella pullorum, S.gallinarum, S.enteritidis, S.typhimurium
- Pelbagai peringkat umur
- Cepat merebak
- Melalui ibu, najis

TANDA-TANDA:-
  • Kematian tinggi pada anak ayam berumur 2-3 minggu
  • Anak ayam kelihatan kesejukan, berkumpul dibawah alat pemanas
  • Dubur kotor dengan najis berwarna putih

PENCEGAHAN
  • GAHP – Biosekuriti, anak ayam bebas penyakit, kuarantin, kebersihan dan sanitasi

PENGAWALAN
  • Antibiotik –neomycin, gentamycin

Penyakit Pernafasan Menular (CRD)


- Mycoplasma gallisepticum
- Pelbagai peringkat umur
- Cepat merebak
- Melalui telur dan udara

TANDA-TANDA:-
  • Kesukaran dalam pernafasan
  • Hidung berair
  • Kelesuan
  • Pundi udara serta paru-paru menjadi lebam
  • Kematian sederhana

PENCEGAHAN
  • Reban dicuci dan dibasmikumankan
  • Bekalan anak ayam yang bebas penyakit
  • Mengurangkan ‘stress’
  • Mengawal keluar masuk individu serta peralatan
  • PENGAWALAN
  • Antibiotik – Tylosin, Lincospectin


Penyakit Gumboro (IBD)

  • Bimavirus
  • Cepat merebak
  • Melalui ‘infected chicks’ dan premis/makanan yang tercemar
  • Umur 3-6 minggu

TANDA-TANDA:-
  • tiada selera makan, “ dehydrated”
  • bulu kusut, lemah, suhu badan meningkat secara mendadak.
  • cirit-birit , najis berwarna hijau gelap, sering juga terjadi najis berwarna putih.
  • lebih banyak duduk dan jalan tak seimbang.
  • Cuba mematuk bahagian “Vent” sendiri
  • Kematian 5-15%

PENGAWALAN
  • Vaksinasi
( Yang nie kebanyakan ayam kampung ada yang kena terutamanya ayam saya tapi tak banyak dalam 1% sahaja)

Infectious Coryza


- Hemophilus gallinarum
- Pelbagai peringkat umur tetapi kebiasaan berlaku umur 8-10 minggu
- Cepat merebak
- Melalui udara

TANDA-TANDA:-
  • Mata kelihatan berair disebabkan oleh kegatalan
  • Bahagian muka ayam membengkak dan matanya tertutup
  • Ayam akan bersin, hidung berair
  • ‘rattling sound’ bila bernafas

PENGAWALAN
  • Vaksinasi
( Yang nie kebanyakan ayam kampung ada yang kena terutamanya ayam saya tapi tak banyak dalam 1% sahaja)

Colibacillosis


- E.coli
- Pelbagai peringkat umur
- Cepat merebak
- Melalui ibu, telur, makanan dan air yang tercemar
- Kematian tinggi di peringkat anak

TANDA-TANDA:-
  • Tidak selera makan
  • Lemah, tumbesaran terbantut, cirit-birit
  • Airsacculitis jangkitan karung udara menyebabkan ayam batuk dan mengah
  • Synovitis akan kelihatan bengkak di bahagian sendi kaki
  • Egg peritonitis akan menyebabkan pengeluaran telur menurun
  • Omphalitis ‘navel infection’ – navel bengkak dan berlaku inflamasi

PENCEGAHAN
  • Reban dicuci dan dibasmikumankan
  • Bekalan anak ayam yang bebas penyakit
  • Mengurangkan ‘stress’
  • Mengawal keluar masuk individu serta peralatan

PENGAWALAN
  • Antibiotik
( Penyakit yang bahaya. Kadang ayam saya pun banyak yang monyok dan mati. Susah juga nak cakap. Dah apply ubat pun sudah. Tapi tak tahu la apa penyakitnya. So apa yang saya buat bagi sahaja ubat anti stress). Ayam nie bukannya boleh tgk org masuk reban. Huru hara dibuatnya.

dan akhir sekali

Penyakit Sampar Ayam (ND)

  • Disebabkan oleh Paramyxovirus virus
  • Pelbagai peringkat umur
  • Cepat merebak melalui udara, makanan dan air yang tercemar.

TANDA-TANDA:-
  • Kesukaran pernafasan
  • Kesukaran pergerakan dan tengkok melentuk
  • Tahi yang berwarna kuning kehijauan
  • Kelesuan dan bulu ayam kelihatan pudar
  • Pendarahan di dalam proventikulus dan usus kecil
  • Kesesakan darah dan cecair pada sistem pernafasan
  • Tebal karung udara (air sac)
  • Jumlah kematian yang tinggi > 50%

PENGAWALAN
  • Vaksinasi

Kalau ini datang bersiap sedialah...datangnya melalui angin sepoi-sepoi sahaja. Ayam yang paginya berlari-lari tengaharinya selamat. So bersiap sedialah dengan beberapa pencegahannya.  Ada diantara ubatnya letih juga nak apply pada ternakan kita. Contoh ND nie. Wajib dititiskan pada ayam. Dan sebaik-baiknya masa mula anak ayam 1 hari. Kalau dah beberapa hari..ok juga cuma kita tak tahu sama ada ayam nie dah dijangkiti virus atau sebaliknnya. Tapi Dr Dolly menyarankan ikut jadual. Better bagi pada range ternakan yang besar. Tapi kalau dah 2000 ekor tak besar ke? Terpulang. Kalau nak dikirakan kos ubat huh menyumpah pun ada. bayangkan lah kalau rakan-rakan yang menternak ayam daging range 60 000 ekor...ubatnya berharga RM12 000. Tu baru ubat tu bang...

So kalau nak buat ternak ayam, better ternak ayam daging yang  berkontrak. Jangan difikirkan ternak begitu sahaja. Sebab makan dah mahal, starter, grower, jagung...hampeh soya...apo lagi? itu yo kot...ubat lagi???? Huh selera tak tahan makan ayam nie...

Bukan nak menakut-nakutkan tapi itu lah sebenar.

Macam kito nie ternak ayam kampung, janganlah diberi ayam tu lebihan makan kito... banyak penyakit dalam makanan tu... ingatlah..bukan senang nak berjaya. Dugaan sentiasa ada. Tak hari ini esok. Tak esok lusa. Tapi elok berbekalkan pengalaman dari teori.

Ada apa yang boleh dibantu boleh saya bantu.

Friday, June 10, 2011

Update Ubat

Salam,

Dah masuk hari nie banyak betul ayam mati. Hmm biasalah.... tu orang kata. Tapi saya kata itu tak boleh jadi. So panggil lah doktor veterinar Dr Dolly. Periksa punyer periksa rupanya ayam lemah akibat dari kurangnya vitamin. Tapi ubat ada yang aplly. Mungkin ada pencemaran keatas air yang diberi. Huh mengeluh juga. Puluh juga la yang mati. Reda je la. Nak bertekak pun tiada gunanya. Cuma ambil iktibar dan berusaha semula. Itu jugalah yang saya tanamkan didalam hati.

Dr juga bagi tau ayam nie mudah sangat kena selsema. So kalau selsema, kenalah bagi ubat selsema. nama ubat Clamovex. Ubat tu macam 2 dalam 1 jugalah iaitu Selsema dan berak cair. Tu la penyakit ayam nie. Kalau nak apply ND pun letih juga. Tu pencegahan dari awal. kalau dah besor iaitu lebih dari umur ayam 15 hari pun macam tak guna juga.

So Dr nie sarankan pada saya. Untuk anak ayam yang berumur 1 ke 26 hari cari ubat yang mempunyai sukatan asid amino didalam ubat tu. Sebab dalam tempoh tu, anak ayam baru nak membesar. Memang memerlukan asid amino dan vitamin untuk tumbesahan. Biasalah tulang, kepak, hidung, bulu dan sebagainya.

Bila umur mencapai lebih dari 30 hari baru apply uat yang menaiikan berat badan. Ubat untuk menaikkan otot-otot ayam. Maklumlah masa tu lah semua nak membesar. Barulah saya faham sebenaranya. Bukan main ikut suka sahaja. Maklumlah. Banyak juga penternak saya ada hubungi. Namum jawapan yang diberikan semua berlainan. So cara mudah contact saja Dr haiwan. mereka sedia membantu. It's free. No charge. .

 Yang nie ubat Selsema dan Berat Cair. Cara bancuhan kalau satu tong besar tu guna setengah sudu atau sudu kecik je.
Yang nie Ubat Hidro Rex Vital. Digunakan selepas Ayam berumur 25 hari keatas.  Apply pada satu tong atau 0.5ml je atau setengah sudu besar atau besar sudu kecik.

Vita Pak digunakan kepada anak ayam yang berumur 1 hari ke 25 hari. Tujuannya untuk memperkembangkan tulang-tulang, kepak, mata, hidung dan sebagainya. 








Friday, June 3, 2011

Permintaan

Salam,

Syukur kepada yang Esa. Pasaran telah berkembang luas. Cuma kali nie macam tak menang tangan nak kendalikan. Bayangkan kalau dulu sebelum mesin proses ayam ada, Tangkap je ayam dah hantar proses. Charge seekor RM1.50. Bayangkan kalau setiap minggu 100 ekor. Tapi kali nie bila dah beli mesin sendiri pula macam tak terdaya nak buat prosesnya. Maklumalah semua staf adik beradik. Sibuk dengan urusan sendiri. Padahal gaji bayar tu. Takpe lah... Ingat nanti nak cari pekerja seorang yan gtahan lasak. Bangla ke Indon ke. Janji baguih.

Sebenarnya senang sahaja nak proses ayam. Jerang air panas. Jangan sampai mendidih pula. Kalau dah berasap diatas permukaan air tu kira dah ok dah. Celupkan ayam tapi dan kacau sehingga bulu buntutnya boleh dicabut. Then angkat dan masuk dalam mesin proses.

Selesai.