Follower

Sunday, April 24, 2011

Penting Ubat dalam Ternakan

Salam,

Berikut adalah senarai penting ubat dalam dunia ternakan. Saya menggunakan ubat jenis Hidro Rex Vital (aminoasidos) Rujuk kepada gambar yang dilampirkan. Secara menyeluruh ubat yang saya gunakan ini saya boleh gredkan sebagai A jugalah. Sebab potensi pemakanan ayam baik setelah minum air tersebut.

Beginilah ubat HRV( Hidro Rex Vital " Aminoasidos")
Diberi 1 minggu 3 kali  just titiskan 3 kali ke dalam minuman ayam dan applykannya.

(ND "New Caste ")

Ubat nie diberikan masa first ayam dimasukkan dengan cara titiskan ke Mata dan Hidung atau bagi minum ayam tersebut. Sebaik-baik bagi di waktu awal pagi jam 7.00 ke 8.00 pagi. PAstikan diberikan selepas 14 hari selepas itu.

Sekian, nanti saya ceritakan tentang kebaikkan EM ( Bakteria Baik ) dah snap nanti saya uploadkan.


Wednesday, April 20, 2011

Mesin Ayam

Salam,

Akhirnya beli juga Mesin Proses Ayam nie. Yang nie lebih sekali masuk 6 ke 8 ekor ayam. Harga Mesin dalam RM1200. Ok la delivery dari Kuala Lumpur. Syukur segala berjalan seperti yang dirancang. Kalau tidak letih juga kos proses seekor ayam RM1.50. Kalau dah tiap-tiap minggu 100 ekor tinggi juga kosnye

 Sudut pandangan dari atas


Ok la. Kelengkapan rasanya cukup. So sekarang nie tinggal pemprosesan dan pengurusan ayam sahaja. Dalam minggu depan ada orang MARDI nak datang. so apa-apa saya update lagi. 29 April 2011.

Tuesday, April 12, 2011

Umur Ayam

Salam,

Lama juga tak update padal rotation ayam kampung nie. So ayam sekarang dah berumur 6 minggu 4 hari. ada 500 ekor kesemuaanya. Syukur takder yang kena penyakit atau mati. Kalau tidak susah juga. Apa yang paling penting dalam apa-apa ternakan ialah pengetahuan jika apa-apa berlaku kepada ternakan kita. Contoh kalau dijangkiti Virus. Itu penting ubat. So yang paling penting belilah ubat ND  dan berikan semasa kepada anak ayam yang baru masuk. Campurkan dalam air masa first masuk anak ayam.Nak round count semula. Seperti gambar dibawah :-



Kuantiti ayam diatas sebanyak 400 ekor.

Ok gambar dibawah adalah ubat New Caslte Deases ND. Yang air biru tu adalah air yang perlu dicampur didalam serbuk macam tepung tu (dikenali virus hidup). Tahan selama 12 jam selepas dibuka penutup. Kalau nak apply ubat nie perlu diberikan dalam keadaan waktu yang tidak panas cuacanya sebab virus dalam botol kecil tu boleh mati. So tak effektiflah kalau diberikan kepada ternakan. So cara yang paling berkesan jangan bagi ayam tu minum lebih kurang 3 jam atau 2 jam. Then masukkan ubat nie didalam air. Confirm ayam semua akan minum. Tapi harus ingat. ubat nie perlu diulangainya selepas 2 minggu. Baru mujarab. Tapi biasalah kito kadang sekali yo. Hahahaha.


                                                                   (ND) harga RM15
Dijual di Vets di Batu Caves, Selangor di arae GIANT. No telefon 03-61877305. Sekian.

Monday, April 4, 2011

Salam,

Lama juga tak update padal rotation ayam kampung nie. So ayam sekarang dah berumur 6 minggu 4 hari. ada 400 ekor kesemuaanya. Syukur takder yang kena penyakit atau mati. Kalau tidak susah juga. Nak round count semula. Seperti gambar dibawah :-