Monday, October 29, 2012

PAK SAKO PECAH!!!

Salam,

Semalam jackpot kap telah berjaya dipecahkan saudara Pak Sako. Otai tuuuuuu. Sekalung tahniah kepada beliau kerana berjaya menaikkan ikan seberat 12.875kg. Dengar cerita lama juga di cuba tariikan dalam 45 minit jugalah. Rata2 ramai yang terkejut juga ikan kap dikolam GFC ganas lebih kurang patin. Bukan saya yang cakap semua pemancing yang cakap. Kali ni pemancing yang paling jauh datang dari kedah. Semangat juga sbb dengar ikan kap sini kuat lain macam.

Masa game raya haji tempoh hari majoriti semua putus tali disebabkan kekuatan ikan kap ni.
Sekian.

KINI RAMAI MENGAKUI FISHING IS SPORT AND FUN! ANDA BILA LAGI? Takkan asyik membaca sahaja?

Friday, October 19, 2012

AYAM KAMPUNG DI REMBAU

Salam,

Bila musim hujan beginilah yang risau lagi-lagi umur anak ayam baru mencecah 4 hari. Bukan apa antibody tak cukup kuat. Kesian kawan saya di rembau kerugian RM30K akibat natural disaster. Ialah kita hanya mampu merancang. Namun ketentuan olehnya. Rata-rata habislah semua ayam kocik  dan besar.

So pada sesiapa yang nak masukkan ayam, just fikir-fikirkan kalau time-time hujan begini. Mudah terkena penyakit bawaan angin "Newcastle Diasease".

JACKPOT PERTANDINGAN TELAH DIPECAHKAN RM500

Salam,

Game malam rabu kelmarin telah berjaya memecahkan jackpot pertandingan sebanyak RM500 pada minit-minit terakhir lebih kurang jam 11.50 malam. ACHOT dengan nama gelarannya berjaya menaikkan ikan KAP seberat 13.100KG. 

Pada mulanya dia tak mahu menaikkan kerana risau ranking sendiri akan ditendang. Tetapi ketika tarikkan sedang dibuat ada kaki-kaki lain mengatakan oit...tarik tu ikan bosau.... so secara tak langsung ACHOT menarik ikan KAP tersebut selamat dan boll lebih kurang setengah jam.

Walaupun pertandingan dijalankan ketika hujan lebat...dimana rata-rata semuannya basah kuyup namun semangat memancing cekal dihati.

Tuesday, October 16, 2012

PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA AIDILADHA 27 OKT 12


KOLAM PANCING  GEMENCHEH GFC
PERTANDINGAN MEMANCING HARI RAYA AIDILADHA
27 OKTOBER 2012 (SABTU) PETANG
DARI JAM 6.00 PETANG HINGGA 12.00 MALAM

YURAN RM40

HADIAH-HADIAH
1.RM 300
2.RM 200
3.RM100
4.RM 100
5.RM 90
6.RM 70
7.RM 500
8.RM 70
9.RM 80
10.RM 100

11.RM 50
12.RM 50
13.RM 50
14.RM 50
15 - 20 HAMPER

KETERANGAN

Pendaftaran/Pancang bermula pada hari Sabtu 27 Otk 2012 bermula jam 2.00 petang

SYARAT PENYERTAAN

  • Boll di tempat timbang.
  • Umpan bebas kecuali Rapala, Organ Haiwan, umpan tiruan.
  • Kaedah memancing secara pelampung/ umpan terapung TIDAK DIBENARKAN.
  • Konsep ikan tangkap dan lepas
  • Mata kail terkena badan dan insang tidak dipertandingankan.
  • Joran mesti mempunyai sticker. Jika patah sila minta di kaunter untuk sticker yang baru

  • Keputusan penganjur muktamad.




Tuesday, October 2, 2012

GAME RABU CMM 03/10/2012

KOLAM PANCING GEMENCEH(GFC) PERTANDINGAN PANCING SANTAI RABU PTG/MALAM 3-10-12 JAM 6PTG-12TM RM25/JORAN. HADIAH
No1rm100,
2rm70,
3rm60,
4rm50,
5rm300,
6rm50,
7rm60,
8rm80,
9-10baucer,
11-12hamper.
Jacpot rm420 dibuka.
JEMPUT HADIR SEMUA PEMANCING.
Utk makluman Game Memancing akan diadakan setiap Rabu dan Sabtu.

KEMASUKKAN IKAN PATIN SAIZ 4000gram KE 6000gram

Hari Ahad bersamaan 7 Oktober pihak Kolam akan memasukkan Ikan Patin saiz 4000gram ke 6000gram sebanyak "rahsia". So kalau sesiapa yang berminat nak tengok ke nak layan ikan bosau...apo laie??? datang dan bawak joran sekali.....layan...ikan patin....yeah...janji jangan kono sengat macam Den...huhuhuhu berpinau mato den nie...huhuhuhu nasib HERO.

Monday, October 1, 2012

Seharian di GFC


http://s29.photobucket.com/albums/c263/adifa/?action=view&current=20120922_212725.mp4



\