Friday, January 7, 2011

Latest news

Salam, nie adalah gambar terbaru  cara penyusunan didalam reban ayam setelah dibaikpulih:-


Reban B
Reban A

So reban sepanjang 50 Kaki saya pecahkan kepada dua iaitu 20 kaki  "Reban A "untuk umur ke 6 minggu dan Reban B untuk 7 minggu sehingga jual.

Kepada pembeli dia boleh datang dan boleh pilih mana satu yang berkenaan dihati.

Progress Ayam

Salam,

Rasa lama dah tak update. Hmm maklum lah sibuk dan menguruskan persekolahan anak. Projek masih diteruskan juga. So masuk minggu lepas anak ayam telah ditambah lagi sebanyak 200 ekor. So sekarang dalam reban dah ada 600 Ekor anak ayam. So makanan pula kena beli lagi. Fuh...dedak starter dan Grower pun dah semakin naik harganya.Dedark Cargill 3011 mmg bagus. Tapi mahal dah sekarang RM 89 "starter" dan Grower RM86.

Nampak gayanya tak boleh jadi. Kena buat juga makanannya. Cari-punya cari jumpalah satu web hamba Allah nie. Bagus juga penerangannya. Nampak gaya macam mudah je nak buat. Apa-apa saya update nanti. So ada lah sikit preview gambar ayam kampung :-

Gambar Pertama


Gambar kedua
Gambar Ketiga

Ayam yang saya ternak nie ada dua jenis. Iaitu ayam jenis Ayam kaki panjang dan Kaki pendek. So yang tahan lasak ialah yang kaki panjang dan kaki pendek nie tak berapa kuat. So asyik nak main dengan ubat je. Tapi yang bagusnya cepat membesar. So gambar 2 dan 3 yang kaki pendek. Yang Gambar 1 kaki panjang.

Banyak dugaan membela ayam nie. Tapi seronok. Yang tak seronok tu bila hari -hari mati. Hmm rasa sayalah bila time hujan mesti ada yang mati sebab saya ternak betul atas tanah once bila umur ayam dah naik ke 4 minggu. So masa keci ktu mmg duduk dalam kandang kecik tu le. Muatan dalam 500 ekor dlm tu. So bila apply atas tanah. kena la dibersihkan dulu.

So cara nak bersihkan tanah tu  ialah dengan menaburkan kapur pertanian. Macam dalam gambar tu juga. 20KG harga RM25 je. So bila dah anak ayam tu dah diletakkan diatas tanah kena bagi air ubat yang dicampurkan dengan air HRV ialah Hidro Rex Vital yang boleh dibeli dari Abg Wan Ramli kito HP 0169704360. Apply sikit je dalam 0.15ml jje dlm tong sebesar Gambar ketiga tu.