Follower

Saturday, December 17, 2011

Telor Ular

Biasalah kadang kita meneroka tempat yang tak pernah diteroka, macam -macam yang kita jumpa. Hari tu jumpa kura-kura, memerang dan buaya katak, tapi kali nie jumpa telur ular pulak. Huh macam-macam keluar dah nie. Apa -apa pun kena beringat juga dimana kita sebenarnya. Tempat bertelur pular di busut anai-anai kot. Cam tu lah cerito yo.
l



Update kolam

Salam,

Pagi tadi hujan selebat-lebatnya. So kerja mengorek menjadi mudah. So kolam nie boleh dikata dalam 10% baru pembinaannya. Petang tadi sekali lagi jentera mengalami masalah. Tapi small matter je. Bearing rantai longgar. Terkejut juga tengok dia repair mudah je, tak perlu menggunakan tool jentera yang besar.

Semalam abah call dari Batu Gajah, Perak. Dia juga ada membuka blog nie. Seronok rasanya dia bertanya bagaimana projek berjalan. Setakat nie projek jalan on time line. Tapi kalau jentera asyik down susah juga. Kadang tanya pendapat dan sebagainya. Tapi kalau nak update dari masa ke semasa boleh view ke blog nie.

Biasalah, bila tanah yang dahulunya penuh dengan hutan dan semak samun, orang tak kisah pun. Tapi bila tanah dah diusahakan, mula mengaku tanah sendiri dan sebagainya. Biasalah sifat manusia. Saya pun mungkin jadi begitu. Tapi fikir-fikirlah, sebelum nak ememulakan projek banyak tempat kami rujuk termasuk Tok Perdana Iaitu Tok Su. Dia sendiri membenarkan kami membersihkan tanah adat ini.

Ingatlah terutamanya diri saya sendiri bukan senang nak jadi senang. Banyak dugaan dan cabaran yang datang. Hadapinya dengan penuh tabah dan sabar. Bukan nak menunjuk atau berlagak atai meninggi diri, cuma saya mahu kongsi bersama kepada sesiapa yang membaca blog ini. Mana tahu ada maklumat yang boleh digunakan.

Ingatlah janganlah kita cemburu kepada seseorang keatas usahanya, jadikan contoh supaya kita mampu menjadi seperti mereka yang berjaya. Tetapkan matlamat, insyallah Allah Maha mengetahui







Friday, December 16, 2011

Jentera Down

Salam,

Tengah sedap korek punye korek, alih-alih pump hidrolik blow! Habis mercik minyak pump tu. Nasib driver tak apa - apa. Risau juga, kuat bunyinya. Yang gambar tanah berlubang tu sebenar lubang air bawah tanah. Harap nanti tak perlulah nak pump air dari sungai banyak sangat. Lebih kurang 30 minit sahaja jentera down. Poei  kedai spare part kat depan yo. Bagus lah driver jentera nie. Saya puji hasil kerja dia. Sorang sahaja boleh buat. Kalau saya confirm give up.






Kolam mancing hari ke empat

Salam,

Hari nie kolam dikorek ditengah  dan kemudian di tarik, korek ketepi. ok boleh viewgambar di bawah:










Thursday, December 15, 2011

Kura-Kura

Salam,

Nielah gambarkura-kura yang saya jumpa masa tengah snap gambar kolam tu. Gambar tersebut saya printscreen dari movie yang saya tangkap. So nielah gambarnya.




Lubang Exit

Salam,

Hari nie lubuk yang penuh pokok sagu sudah ditumbangkan dan exit air dari lubuk terbut dikorek dan dikeluarkan. Rujuk gambar dibawah. Penat juga berlari kehulu kehilir nak dapatkan best shoot kolam nie sebelum dan selepas pembinaan.



Inilah lubuk air dipokok sagu atau rumbia tu.  elok tengah tangkap gambar, tiba ada kura-kura cangkerang pink. wah pelik juga warnanya. nanti saya snap gambarnya.








update kolam hari ke 3

Salam,

Hari ni dah masuk hari ketiga. So inilah hasil pembersihan tahan sebelum kolam di mula dikorek. Ada setengah dari tanah yg ada pokok sagu tu,dah memang ada lubuk so memang dah dalam. So disitu kerja pembersihan sahaja perlu dilakukan. So gambardibawah menerangkan segalanya apa yang berlaku ditanah tersebut









Wednesday, December 14, 2011

Update

Salam,

So begini lah progress tanah yang dirancang tu.Sebenarnya saya plan nak perbesarkan lagi ternakan ayam kampung tu. Alihnya, disebabkan tanah tu rendah dan mudah banjir disebabkan juga bersebelah sungai gemencheh, saya, baik saya buat kolam memancing.So bermula episod baru bagi tahun 2012   tunggulah beberapa peringkat kolam nak dikorek nanti. sila view gambar dibawah




 
Tanah ni asalnya dulu adalah sebuah tanah sawah. Bila tanah tersebut telah lama di tinggalkan naik semua semak samun dan pokok pokok hutan. Dari terbiar begitu, baik saya usahakan secara tak langsung boleh naikkan nama Gemencheh nanti. Insyallah. Sungguh banyak dugaan yang dilalui.






Tuesday, December 13, 2011

Projek Baru

Salam,

Sekarang saya tengah usahakan projek baru. so lokasi tanah sangat cantik. memang tang corner. Dalam proses kerja untuk tolak tanah. Berperingkat ternakan yang kami rancang. So tengoklah macam mana. Tapi saya rasa maybe anda semua tahu apa projek yang saya jalankan ini.



jangan ingat saya guna mesin rumput tu semua yo. nanti saya paste lagi gambar.