Tuesday, April 12, 2011

Umur Ayam

Salam,

Lama juga tak update padal rotation ayam kampung nie. So ayam sekarang dah berumur 6 minggu 4 hari. ada 500 ekor kesemuaanya. Syukur takder yang kena penyakit atau mati. Kalau tidak susah juga. Apa yang paling penting dalam apa-apa ternakan ialah pengetahuan jika apa-apa berlaku kepada ternakan kita. Contoh kalau dijangkiti Virus. Itu penting ubat. So yang paling penting belilah ubat ND  dan berikan semasa kepada anak ayam yang baru masuk. Campurkan dalam air masa first masuk anak ayam.Nak round count semula. Seperti gambar dibawah :-



Kuantiti ayam diatas sebanyak 400 ekor.

Ok gambar dibawah adalah ubat New Caslte Deases ND. Yang air biru tu adalah air yang perlu dicampur didalam serbuk macam tepung tu (dikenali virus hidup). Tahan selama 12 jam selepas dibuka penutup. Kalau nak apply ubat nie perlu diberikan dalam keadaan waktu yang tidak panas cuacanya sebab virus dalam botol kecil tu boleh mati. So tak effektiflah kalau diberikan kepada ternakan. So cara yang paling berkesan jangan bagi ayam tu minum lebih kurang 3 jam atau 2 jam. Then masukkan ubat nie didalam air. Confirm ayam semua akan minum. Tapi harus ingat. ubat nie perlu diulangainya selepas 2 minggu. Baru mujarab. Tapi biasalah kito kadang sekali yo. Hahahaha.


                                                                   (ND) harga RM15
Dijual di Vets di Batu Caves, Selangor di arae GIANT. No telefon 03-61877305. Sekian.

No comments:

Post a Comment