Friday, December 10, 2010

Dugaan dan Cabaran

Sesungguhnya banyak rintangan dan dugaan yang perlu dilalui untuk berjaya dalam hidup. Bermulalah kisah ternakan ayam kampung. Projek sebenarnya bermula bulan  Julai 2010. Masa tu saya dan isteri berbincang perniagaan apa yang nak dibuat. Ketika itu saya di Kampung Isteri di Gemencheh Negeri Sembilan.

Fikir punyer fikir ternampak lah reban ayam abg ipar yang kosong dan masih elok. So saya pun mencadangkan kepada isteri saya...apa kata kita ternak ayam. Apa lagi masa tu, terus je masuk terus ke reban tu dan terus kemas, dan buat tempat letak anak ayam tu seperti gambar dibawah.

So....bermulalah kisah saya menternak ayam. So ayam pertama masuk pada 4 Julai 2010. Semua ayam dibeli di kedai Haiwan di Tampin dengan harga yang berpatutan ketika itu. Kali pertama saya mengambil 100 ekor anak ayam kampung Kacuk.

Ni la tempat pertama mula - mula buat ayam kampung.

Ok la mula-mula ternak ayam nie. So masa nie umur anak ayam baru 5 hari. Bermula hari nie juga lah saya setiap minggu balik ke kampung untuk melihat hasil ternakan memandangkan saya tinggal di Kuala Lumpur. Maklumlah buat business part time.

Gambar Reban dari luar. So yang jaga ayam nie ialah adik ipar. Tu gambar dia yang tak pakai baju tu. Then Ayah mertua dilantik sebagai Chief Marketing.

2 comments: