Syukur Alhamdulillah..
Hmm sabar itu indah....bagi sesiapa yang mengenali "sabar"
dari sudut perspektif diri sendiri. Pahit getir dalam dunia perniagaan
memang sentiasa ada. Itu adalah ujian darinya. Kalau kita mampu mengatasinya
insyallah kita LULUS. Tetapi jika segala permasalahan yang dilalui dapat
diatasi tapi..zakat tidak dikeluarkan apa bendanya itu... so saya lah orangnya. Bukan nak buka pekung didada tetapi saya rasa bukan saya sorang sahaja. Jangan ingat Zakat Fitrah. Yang tu sentiasa ditunaikan. Tetapi Zakat Perniagaan. Perlindungan Harta iaitu membersihkan Harta kita.
Mulai saat ini, insyallah saya tidak tinggalkan zakat. Dulu sekolah memang
kita ada belajar. Tetapi sekadar belajar untuk ambil peperiksaan. Kini bila dah
jauh belayar baru saya tahu pentingnya zakat. Zakat ni membersihkan harta yang
dipunyai kita atau duit gaji atau duit berniaga dan sebagainya. Bagi zakat
perniaagaan adalah sebanyak 2.5% dari jumlah duit yang bersih iaitu setelah
ditolak gaji pekerja, bil-bil dan sebagainya. So balance pada tulah duit yang
perlu dikalikan dengan 2.5% bagi tujuan pembayaran zakat perniagaan. Kepada
siapa yang perlu saya bayar? Kita
boleh bayar zakat kepada 8 golongan yang layak terima zakat atau dikenali
sebagai asnaf. 8 golongan asnaf tu ialah:
1. Fakir -
Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau
orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan
hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM
2.00 sahaja.
2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak
mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia
hanya ada RM 7.00 sahaja.
8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di
perantauan
Zakat kepada adik beradik tidak boleh rupanya..baru saya tahu.... sekian salam ramadan dari saya