Saturday, December 17, 2011

Update kolam

Salam,

Pagi tadi hujan selebat-lebatnya. So kerja mengorek menjadi mudah. So kolam nie boleh dikata dalam 10% baru pembinaannya. Petang tadi sekali lagi jentera mengalami masalah. Tapi small matter je. Bearing rantai longgar. Terkejut juga tengok dia repair mudah je, tak perlu menggunakan tool jentera yang besar.

Semalam abah call dari Batu Gajah, Perak. Dia juga ada membuka blog nie. Seronok rasanya dia bertanya bagaimana projek berjalan. Setakat nie projek jalan on time line. Tapi kalau jentera asyik down susah juga. Kadang tanya pendapat dan sebagainya. Tapi kalau nak update dari masa ke semasa boleh view ke blog nie.

Biasalah, bila tanah yang dahulunya penuh dengan hutan dan semak samun, orang tak kisah pun. Tapi bila tanah dah diusahakan, mula mengaku tanah sendiri dan sebagainya. Biasalah sifat manusia. Saya pun mungkin jadi begitu. Tapi fikir-fikirlah, sebelum nak ememulakan projek banyak tempat kami rujuk termasuk Tok Perdana Iaitu Tok Su. Dia sendiri membenarkan kami membersihkan tanah adat ini.

Ingatlah terutamanya diri saya sendiri bukan senang nak jadi senang. Banyak dugaan dan cabaran yang datang. Hadapinya dengan penuh tabah dan sabar. Bukan nak menunjuk atau berlagak atai meninggi diri, cuma saya mahu kongsi bersama kepada sesiapa yang membaca blog ini. Mana tahu ada maklumat yang boleh digunakan.

Ingatlah janganlah kita cemburu kepada seseorang keatas usahanya, jadikan contoh supaya kita mampu menjadi seperti mereka yang berjaya. Tetapkan matlamat, insyallah Allah Maha mengetahui







1 comment: