Monday, September 26, 2011

Supplement Selain Makanan Ruji

Salam,

Sekarang ayam nie dah ada menu baru. Sekarang saya bagi makanan sampingan iaitu daun ubi kayu. Makan juga ayam nie. So sekarang nak cari reumpur jenis napier pula. Kalau ok, kuranglah sikit kos pemakanan untuk ayam.
Makin galak ayam nie makan. Kejap je habis.Maklumlah makanan baru.





Pokok Ubi kayu yang ditanam disebelah rebanboleh digunakan sebagai makanan sampingan untuk ayam kampung juga.

Selesai semuanya.

Friday, September 16, 2011

Progress Anak Ayam

Salam,

Sekarang progress anak ayam ok. Ada yang monyok ada yang macam baru bangun tido dan macam-macamlagi. Biasa lah. Siang malam dipaksa makan. Hmm begitulah rutin harian ayam nie sehinggalah siap disembelih dan boleh dijual di Pasar-pasar Pagi. So gambar bawah bolehlah review sikit gambar anak ayam nie. :-


Bulan Hujan

Salam,

Sekarang dah musim hujan. Huh kepada sesiapa yang dah start masuk anak ayam tu, Jagalah dengan baiknya. Anak ayam nie mudah sejuk. So paling penting Haba panastu kena cukup. Perhatian lebih just about 2 weeks only. Then boleh biar diorang berdikari. Dan yang paling penting ubat tu kena ada.

Sekian.

Pelan Operasi Pemasaran

Salam,

Syukur pada kehadirat Allah S.W.T yang Maha Berkuasa. Mulai sekarang saya akan memulakan Pelan Operasi Pemasaran bagi memudahkan dan melicinkan pergerakkan ayam. So next broiler will be this week. Target date Raya Haji. So kekuatan kenalah cukup. Dari segi peralatan, makanan ayam, ubat-ubatan, mentol dan sebagainya. Selain tu juga banyak juga perancangan yang perlu dibuat. Perkenalkan pada orang didalam Web. Maybe next is Facebook kot. Kito yang berniago nie kadang mana la ado masa sangat nak berdepan dengan komputer. Tengok lah macam mana. Target pemasaran selain Raya Haji  ialah nak cuba memasarkan luar dari Malaysia. Itulah matlamatnya. Mungkin saya akan membuat satu laman web untuk komersialkan Ayam Kampung ini.

Mungkin satu hari nanti saya beli pada orang yang menternak ayam kampung. Insyallah. Nak di detailkan susah.


Thursday, September 8, 2011

Harga Jualan Ayam Kampung

Salam,

Saya nak tekankan harga ayam kampung kalau boleh biar semuanya sama. Ini ada yang jual sampai harga lebih kurang sama macam ayam daging. Ayam Kampung kalau diberi starter dan Grower sama juga rasanya. Rasa sama je. Saya ada ternak ayam kampung ori juga. Apply dedak juga. Samo yo den gaso. Apo yang tak samo.  Bila tengah buat jualan banyak yang cakap kuat-kuat laaaa ayam kampung kacuk. Ingat Original. Tu yang paling saya kelakar sekali dengan orang kita nie. Macam bagus je/Boleh ke dia makan yang ori? Berat confirm tak sampai 1.2kg. Harga confirm super mahal,mau dalam sekilo Rm 21 hidupkot. Sebab apa kos nak sara hidp dia tu 6 bulan tu beb. Dah la makan segala macam sisa makanan. Fikir danrenungkan lah. Bersih ke sisa makan yang dimakan tu?

So pada saya harga ayam kampung perlu disamakan bagi seluruh malaysia. Barulah sesama kita boleh pergi dengan bisness sendiri.

Penting Cara Rotation Ayam

Salam,

Hmm betul kata orang tua-tua.Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tapi berat yang dipikul siapa yang tahu. Sekarang alhamdulillah. Skop pasaran dah banyak cabangnya. Semuanya melalui jualan pasar pagi. Pasaran sedia ada masih di sekitar Gemencheh, Jelai, Pasir Besar dan lain-lain. Kalau nak rasa sila lah ke pasar di waktu pagi. Sabtu, Ahad dan Selasa. Stok anak ayam masih tak dimasukkan lagi. Sebab reban perlu dicuci. Kalau tidak bonar ayam yang sakit.

Kadang ayam yang diternak bagi first batch memang sihat.Orang kata 5 % je kadar kematian. Memang betul ayam naik cepat kadang dalammasa 2 bulan setengah dah naik 1.3kg. Tapi harus ingat. Selepas 1 batch dah habis jual, reban kena rehat sekurang-kurangnya 3 ke 5 hari dan disembur antibiotik atau Campuran (Halia, Bawang Putih dan Kunyit"blendkan")  sembur direban supaya HAMA atau bakteria ke virus ke semuanya hilang atau mati. Dah confirm dengan apa yang kita buat, barulah masuk ayam baru iaitu 2 batch

Insyallah dapat juga result yang sama. Bukan macam saya dulu. Tak sompek nak rehat masuk je ayam baru. Last-last mata bengkak, ayam macam dahaga sesaja, hingus la batuk la haiyaaaa ... so jangan la nak buat. So dari pengalaman yang saya ada, boleh la kepada sesiapa tu follow. Tapi its depend on your decision.Not me.

Setakat nie demand orang terhadap ayam kampung tinggi. Tapi maklumlah semua nak murah. Kalau ayam daging boleh lah.Ayam kampung 3 ke 4 bulan. So kiralah makanan yang diberikan. Dedak tak hinggat harganya. So begitulah cara saya membuat rotatioan ayam.

Saturday, September 3, 2011

Result Veterinar

Salam,

Sebenarnya dah lamo den nak tunjukkan keputusan makmal Ujian penyakit terhadap ayam den dari pejabat veterinar. Patutnya bulan Jun hari tu.   Apa-apa pun disusun sepuluh jari memohon maaf. So seperti digambar dibawah.

 

 Dari result tersebut, kita boleh tahu baka ayam kita dari jenis apa. Tapi rata-ratanya semuanya baka AVIAN.

Salam Hari Raya

Salam,

Maaf lama benar saya tak update web nie. Sibuk dengan urusan. So sehari sebelum Mantai tu hari Ahad tu kami dah planning dalam beratus ayam akan diproses dan di salai. Syukur apa yang dirancang berjaya. Dibawah nie lah salah satu gambar yang berjaya saya snap. Kami start jam 3.00 pagi dan terus sahur. Open di luar rumah je. Ada dalam 8 bakul yang telah disalai. So yang penuh besen tu semuanya penuh dengan ayam yang akan disalai. Fuh diorang berdua tu salai sampai jam 8 pagi tu...... yang saya pulak distribute ayam salai pada semua pelanggan. Dengan puad\sanya lagi. Syukur. Berkat Usaha dan Semangat amatlah penting. Ingatlah terutama pada diri sendiri iaitu saya. Jangan patah semangat.


Gambar yang saya tangkap tu tepat jam 5.48 pagi. Letih dan lesu. Tetapi sangat berbaloi! Kata mereka berdua tu. Hehehehe.
Tetapi sangkaan saya salah. Rupanya ada yang mantai hari isnin tu pulak. Waduh terpaksa pagi ahad tu pulak on! dengan ada yang tumpang proses itik dan berbagai-bagai lagi. Syukur pada Allah s.w.t dan ibubapa kami . Tanpa mereka kami mungkin tidak dapat berjaya membuatnya semua.