Tuesday, August 16, 2011

Sebulan tak update

Salam, Lama bebear saya tak update pasal ayam kampung nie. Dengan kadar rata kesibukkan yang hanya jauhari mengenal manikam. Kepada sesiapa yang cuba mendapatkan air HRV pada saya, dipohon maaf sebab saya masih tak berkesempatan untuk mengambilnya.

Buat masa nie urusan jualan ayam kampung sangat berkembang maju. Syukur lagi-lagi di bulan ramadan nie. Cuma kenalah tabah dan kuatkan semangat untuk terus berusaha. Pejam celik-pejam celik dah setahun lebih saya mengurskan ternakan ayam kampung. Banyak dugaan dan terlalu banyak rintang yang terpaksa saya lalui bersama keluarga tercinta. Bagi saya, saya berjaya menyahut cabaran pegawai veterinar..katanya kalau nak ternak ayam jangan ternak betul-betul. dan kalau nak kaya-biar kaya betul-betul. Tak der istilah sekadar menternak sahaja. Dia kata pada saya kenallah ayam dalam setahun. banyak perangai ayam yang you akan tahu nanti.

So memang benarlah apa yang dikatakan oleh pegawai tersebut. Jadi saya sahut cabaran setahun tersebut dan inilah hasilnya. Syukur pada Allah S.W.T. Cabaran 1 tahun telah berlalu. Kini saya nak mahirkan peringkat urusan perniagaan menjadi lebih teratur. Saya pernah bertanya pada beliau ada tak diantara penternak melayu yang berjaya. Katanya masih dicari lagi. So majoritinya adalah Cina. Hmmm mereka berani. Kita mana berani. Semuanya berlandaskan peraturan. Kadang sebelum nak ternak ayam sibuk tanya boleh ke tidak ternak ayam macam nie. Ada yang bertanya sesuai tak ternak ayam area sini. Tapi kalau cina mereka selamba je. Then bila ada penguatkuasaan, baru lah mereka akan berusaha menyelamatkan perniaagaan mereka. Setakat nie tak der lah yang dipaksa tutup.









No comments:

Post a Comment