Friday, June 3, 2011

Permintaan

Salam,

Syukur kepada yang Esa. Pasaran telah berkembang luas. Cuma kali nie macam tak menang tangan nak kendalikan. Bayangkan kalau dulu sebelum mesin proses ayam ada, Tangkap je ayam dah hantar proses. Charge seekor RM1.50. Bayangkan kalau setiap minggu 100 ekor. Tapi kali nie bila dah beli mesin sendiri pula macam tak terdaya nak buat prosesnya. Maklumalah semua staf adik beradik. Sibuk dengan urusan sendiri. Padahal gaji bayar tu. Takpe lah... Ingat nanti nak cari pekerja seorang yan gtahan lasak. Bangla ke Indon ke. Janji baguih.

Sebenarnya senang sahaja nak proses ayam. Jerang air panas. Jangan sampai mendidih pula. Kalau dah berasap diatas permukaan air tu kira dah ok dah. Celupkan ayam tapi dan kacau sehingga bulu buntutnya boleh dicabut. Then angkat dan masuk dalam mesin proses.

Selesai.

No comments:

Post a Comment