Salam,
Maaf lama benar tak update. Sibuk kehulur kehilir. So sekarang nie mmg banyak maklumat sedang saya kumpulkan. Dan alhamdulillah permintaan juga ada yang bertambah.
Nak diceritakan pasang budjet untuk memulakan ternakan ayam kampung. Kurang-kurang mesti ada modal seganda dengan apa yang dirancang iaitu termasuk kos pekerja sekirannya ada. Kalau budjet 10K kurang-kurang kena la ada 10K atau 5K pun dah memadai. Tapi saranan saya molek jika ada 10K juga. Maklumlah ternak ayam nie mmg mudah dan senang. Tapi nak maintainnya tu amat lah payah. Maksud saya payah tu kos makanan. Sana-sini saya baca blog kawan-kawan yg ternak ayam merungut tentang makanan. Mahal. mmg benar mahal saya sendir tak nafikan. Saya permudahkan. Sekiranng ayam yang diternak dari kecil hingga dewasa iaitu siap jual :-
1000 ekor kos makanannya memerlukan lebih kurang 50Beg. Tapi kena pandai lah budjet. Jangan la semua dibantai dengan starter dan grower sahaja.
Ok senangnya, bagi 1000 ekor anak ayam budjet makanan permulaan dari kecil iaitu lebih kurang 3 minggu hanya guna 10 Beg starter "terpulang". Kemudian selepas itu make sure timbang berat anak ayam sersebut by mingguan supaya senang nak pantau berat anak ayam. Kebiasaan setiap minggu akan 50g ke 150g. Bila dah cukup beratnya dalam 800g baru bagi makan grower dengan campur sedikit jangung dan starter. Maklumlah perut baru nak biasakan dengan makanan kasar. Tapi make sure jangung jenis C iaitu jagung paling halus atau hampas soya. Then continue sehingga besar mencapai 1.8kg terpulang.
Hm ada yang kata campur dengan kepala ikan bilis la dan macam-macam lagi. So renung-renungkan lah.
Suka saya ingatkan Ubat adalah yang pertama sekali WAJIB ada. Itulah segala-galanya. Tanpa ubat ayam ada yang terbantut dan sebagainya. Anggaplah jika anda menternak ayam dalam 1000 ekor pasti mati 50 ekor. So semua terletak ditangan anda.
Sesungguhnya setiap dugaan dan cabaran itu datang darinya. Ambil iktibar dan jadikan contoh dari yang berjaya, dan bantulah dari sesiapa yang memerlukan.Yakin bahawa setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya Jangan mudah mengalah sesungguhnnya SABAR ITU AMATLAH INDAH INGATLAH "kegagalan adalah IBU kpd segala kejayaan"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Salam, Saya ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama. Berikut adalah jenis-jenis penyakit ayam yang saya dapat di beberapa laman w...
-
Salam, Sekarang planning nak buat reban anak ayam. Bukan apa mudah nanti nak buat pusingan ayam berdasarkan keperluan. Bila kira-kira dan ...
-
Berikut adalah jalan untuk ke Kolam Pancing Gemencheh atau dikenal Gemencheh Fishing Center. Apa yang ada di kolam ini adalah Kantin, S...
No comments:
Post a Comment