Tuesday, May 31, 2011

Intake Bulan Puasa

Salam,

Ok nie batch untuk bulan puasa. So kali nie kemasukkan anak ayam 500 ekor. Anak Ayam dah naik hargo dah. Anak ayam daging lagi naik. Naik 0.50sen tu bang. Huh jagung dah naik RM55 satu beg. Dalam sejarah juga anak ayam naik hargo. Tu la kadang. Orang tak faham. Dimarahnya orang niago naikkan hargo. Kalau difikirkan semula. Cam nor nak control? Punca Utamo kerajaan tak control kenaiikan hargo Minyak Diesel Cuba fikir bersama, kalau diesel tak dinaikkan dijamin kos penghantaran takkan terjejas. Punco utama sekarang ialah dari kenaikkan harga minyak itu je. Kalau kerajaan mampun control insyallah....kita tak mungkin menghadapi kenaikan harga barang. Hmmm tapi siapo lah kito nie? Mentimun yo........

So berbalik dari kemasukkan anak ayam nie, boleh view saya masukkan anak ayam nie waktu malam lebih kurang jam 11 malam. Sejuk sikit. :-




Salai Ayam di waktu pagi

Salam

Hmm biaso la sebelum nak pi niago tu kono lah set up all component nak berniago. So ayam perlu disalai. Kali ni buka 3 oven arang. Ya..kali nie lagi copek jam 4.30 pagi dah startup. Fuh... ado dekat 30 minit juga nak kasi bara. Ayam yang nak disalai ada dekat 50 ekor. Jam nak bertolak 6.30 pagi. So boleh lah view ayam-ayam yang disalai ni. :-








Bila dah setle baru lah boleh keluarkan ayam untuk dijual. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Kunjung Pegawai Veterinar

Salam,

Beberapa hari lalau pegawai dari Pejabat Haiwan bersama pasukan dari Seremban ada datang melawat Reban kami. Janji pagi Selasa jam 8 ke 9 pagi. Tapi datangnya jam 11.30 pagi. Lotih menunggu. Biaso la bagi alasan-alasan yang biaso org kerajaan pakai. Hahahaha macam den tak tau. Tapi takpo lah, nak buek cam nor. So kunjungan mereka untuk membuat kajian keatas ayam kami. So mereka masuk ke reban dan menangkap seekor demi seekor. Matlamat mereka nak tengok kesihatan ayam tu.

Sebenar banyak gambar juga saya tangkap. Tapi rupanya saya tak save. Hampeh!!!! BIla view balik 1 yo! dapek! Hmm jadilah...

So saya bertanya kepada pegawai En Baha, apa pendapat tuan terhadap reban saya nie.? Katanya ok tiada bau dan bersih. Syukur saya mendengarnya. Saya menggunakan EM untuk membuang bau-bau busuk disamping reban sentiasa disapu. So far ok lah. Puas hati juga mereka datang. Kurang-kurang kami dah berdaftar dengan Pejabat Veterrinar Tampin. Saya ada bertanya bagaimana nak memohon lesen ternakan ayam. Katanya Lesen Ternakan Ayam telah dibekukan. Tapi katanya itu untuk ayam daging. So fikir-fikirkan lah.... :-

Friday, May 20, 2011

Budjet dan Isu Makanan Ayam

Salam,

Maaf lama benar tak update. Sibuk kehulur kehilir. So sekarang nie mmg banyak maklumat sedang saya kumpulkan. Dan alhamdulillah permintaan juga ada yang bertambah.

Nak diceritakan pasang budjet untuk memulakan ternakan ayam kampung. Kurang-kurang mesti ada modal seganda dengan apa yang dirancang iaitu termasuk kos pekerja sekirannya ada. Kalau budjet 10K kurang-kurang kena la ada 10K atau 5K pun dah memadai. Tapi saranan saya molek jika ada 10K juga. Maklumlah ternak ayam nie mmg mudah dan senang. Tapi nak maintainnya tu amat lah payah. Maksud saya payah tu kos makanan. Sana-sini saya baca blog kawan-kawan yg ternak ayam merungut tentang makanan. Mahal. mmg benar mahal saya sendir tak nafikan. Saya permudahkan. Sekiranng ayam yang diternak dari kecil hingga dewasa iaitu siap jual :-

1000 ekor kos makanannya memerlukan lebih kurang 50Beg. Tapi kena pandai lah budjet. Jangan la semua dibantai dengan starter dan grower sahaja.

Ok senangnya, bagi 1000 ekor  anak ayam budjet makanan permulaan dari kecil iaitu lebih kurang 3 minggu hanya guna 10 Beg starter "terpulang". Kemudian selepas itu make sure timbang berat anak ayam sersebut by mingguan supaya senang nak pantau berat anak ayam. Kebiasaan setiap minggu akan 50g ke 150g. Bila dah cukup beratnya dalam 800g baru bagi makan grower dengan campur sedikit jangung dan starter. Maklumlah perut baru nak biasakan dengan makanan kasar. Tapi make sure jangung jenis C iaitu jagung paling halus atau hampas soya. Then continue sehingga besar mencapai 1.8kg terpulang.

Hm ada yang kata campur dengan kepala ikan bilis la dan macam-macam lagi. So renung-renungkan lah.

Suka saya ingatkan Ubat adalah yang pertama sekali WAJIB ada. Itulah segala-galanya. Tanpa ubat ayam ada yang terbantut dan sebagainya. Anggaplah jika anda menternak ayam dalam 1000 ekor pasti mati 50 ekor. So semua terletak ditangan anda.