Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman
merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di
tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan
ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada
rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal
semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu
kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini
sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri
dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.
Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku
bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada
kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku
takut kamu lupa".
Sesungguhnya setiap dugaan dan cabaran itu datang darinya. Ambil iktibar dan jadikan contoh dari yang berjaya, dan bantulah dari sesiapa yang memerlukan.Yakin bahawa setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya Jangan mudah mengalah sesungguhnnya SABAR ITU AMATLAH INDAH INGATLAH "kegagalan adalah IBU kpd segala kejayaan"
Tuesday, March 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Salam, Saya ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama. Berikut adalah jenis-jenis penyakit ayam yang saya dapat di beberapa laman w...
-
Salam, Sekarang planning nak buat reban anak ayam. Bukan apa mudah nanti nak buat pusingan ayam berdasarkan keperluan. Bila kira-kira dan ...
-
Berikut adalah jalan untuk ke Kolam Pancing Gemencheh atau dikenal Gemencheh Fishing Center. Apa yang ada di kolam ini adalah Kantin, S...
No comments:
Post a Comment