Bila difikirkan semula masa mula-mula dulu berjinak jinak dengan alam perniagaan rasa macam susah sangat. Banyak juga saya mencuba. Jual barang kereta (Halfcut), jual kerepek, jual kacang, jual frozen food masuk marketing (MLM), belajar-belajar jual kereta, huih banyak la. Tapi semuanya macam susah sebab source yang kita nak tu kita hanya bergantung pada orang. Tu yang susah sangat. So last sekali inilah pilihan saya Ternak Ayam Kampung.
Dunia perniagaan mmg dipegang khususnya oleh suatu kaum. Tu yang merumitkan lagi. Mana taknyer apa yang kita plan nak buat buat semua dari dia. Termasuklah bidang ternakan juga. Makanan ayam boleh dikatakan sentiasa naik. Maklumlah semua benda diimport. Campuran untuk membuat makanan ayam bahannya terdiri dari Kacang Soya, ikan-ikan laut, Vitamin dan sebagainya. Bukannya murah. Sebab tulah makanan ayam naik. Kadang orang tak tahu bila ayam naik mereka kata kita saje-saje naikkan. Tapi harus difikirkan Makanan ayam yang 50KG RM93. Bayangkan kalau ayam kampung. Jumlah makanan untuk tumbesaran dia selama 3 bulan. Banyakkan makanan yang diperlukan? So renung-renungkanlah.
Kalau ayam daging tempoh cukup jual selama 37 hari bergantung kepada syarikat yang dikontrak. Tapi mereka mempunyai cukup untuk support makanan ayam mereka. Cuma para penternak menjaga sahaja.
Ia berlainan dengan ayam kampung. Sebab tu ayam kampung mahal. Cuba renung ye ayam daging 35 hari ke 40 hari manakala Ayam Kampung 3 bulan bersamaan 90 hari. Fikir dan renunglah. Dari segi perbezaan memang banyak.
Tetapi ada caranya untuk kita cut short ke 90 hari. Caranya ialah bagi ayam kampung tu makanan jangan putus dan ubat. Jangan lupa selepas membeli anak ayam tu beli unbat New Caslte Deases ND harga dalam RM 15 sahaja. titskan kemata atau malas, campurkan kedalam air bagi semua ayam tu minum. Tu sahaja. Macam makanan tu mesti jaga kalau termiss pasti berat tak naik lepas tu kurus. Tapi selera besar
Tapi yang paling penting mestilah sabar dan tabah. Bagi saya dunia penternakan ni memerlukan pengalaman. Bukan semata-mata pergi kursus. Ingat semasa kursus lain dengan keadaan sebenar. Maklumlah suasana dan faktor cuaca lain. Kenapa? Sebab keadaan satu hal, da nyang paling merisaukan ialah angin. Ingat penyakit datang melalui angin. So berjaga-jagalah. Nanti saya story lagi.
Sesungguhnya setiap dugaan dan cabaran itu datang darinya. Ambil iktibar dan jadikan contoh dari yang berjaya, dan bantulah dari sesiapa yang memerlukan.Yakin bahawa setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya Jangan mudah mengalah sesungguhnnya SABAR ITU AMATLAH INDAH INGATLAH "kegagalan adalah IBU kpd segala kejayaan"
Tuesday, March 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Salam, Saya ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama. Berikut adalah jenis-jenis penyakit ayam yang saya dapat di beberapa laman w...
-
Salam, Sekarang planning nak buat reban anak ayam. Bukan apa mudah nanti nak buat pusingan ayam berdasarkan keperluan. Bila kira-kira dan ...
-
Berikut adalah jalan untuk ke Kolam Pancing Gemencheh atau dikenal Gemencheh Fishing Center. Apa yang ada di kolam ini adalah Kantin, S...
No comments:
Post a Comment