Saturday, March 19, 2011

Update

Salam,

So sekarang anak ayam nie dah besar lebih kurang 3 minggu. Kena la sorting dan memantau berkala. Kalau tidak payah juga. Banyak juga try and error dibuat utk meningkat kualiti ayam nie. So setakat nie asingkan dan buat pusingan berkala mengikut umur dan berat. Ayam kampung nie sy buat jagaan dia lebih kurang macam ayam daging. Boleh dipraktikkan. Kalau nak dilepas keluar takut ancaman. Macam penyakit sampar yg datang melalui aingin atau sebagainya. So better main dalam rean je. Yang kedua. Ayam pun lebih sihat dari dibiar. Kalau tidak nak bg berat naik mmg lambat. Maklumlah ayam kampung katakan.

So bila dah buat pengasingkan mudah nak memantau dan membuat semakan mengikut mingguan. Pakai netting je. Tak payah nak pakai jaring besi. Use your best way to make it simple and nice and for sure it's clean.


So ada lebih kurang 200 ekor dengan berat average 350g ke 450g.

Reban Anak ayam 2

Salam,

So tepat jam 12.15 tengah malam saya pun pergi mengambil ayak ayam. Pergh golap siol. So dari moncheh ke tempat tu dalam 25 minit. So ngam-ngam 500 ekor anak ayam masuk dlm keto den tu. Fuh.


So bila sampai di ladang semula, jam dah lebih kurang 1.00 pagi. So masa nie kami loading anak ayam nie.









Dalam jam 1.45 pagi barulah selesai mengira ayam dan cukup semuanya.

Tuesday, March 15, 2011

Kena Tabah

Bila difikirkan semula masa mula-mula dulu berjinak jinak dengan alam perniagaan rasa macam susah sangat. Banyak juga saya mencuba.  Jual barang kereta (Halfcut), jual kerepek, jual kacang, jual frozen food masuk marketing (MLM), belajar-belajar jual kereta, huih banyak la. Tapi semuanya macam susah sebab source yang kita nak tu kita hanya bergantung pada orang. Tu yang susah sangat.  So last sekali inilah pilihan saya Ternak Ayam Kampung.

Dunia perniagaan mmg dipegang khususnya oleh suatu kaum. Tu yang merumitkan lagi. Mana taknyer apa yang kita plan nak buat buat semua dari dia. Termasuklah bidang ternakan juga. Makanan ayam boleh dikatakan sentiasa naik. Maklumlah semua benda diimport. Campuran untuk membuat makanan ayam bahannya terdiri dari Kacang Soya, ikan-ikan laut, Vitamin dan sebagainya. Bukannya murah. Sebab tulah makanan ayam naik. Kadang orang tak tahu bila ayam naik mereka kata kita saje-saje naikkan. Tapi harus difikirkan Makanan ayam yang 50KG RM93. Bayangkan kalau ayam kampung. Jumlah makanan untuk tumbesaran dia selama 3 bulan. Banyakkan makanan yang diperlukan? So renung-renungkanlah.

Kalau ayam daging tempoh cukup jual selama 37 hari bergantung kepada syarikat yang dikontrak. Tapi mereka mempunyai cukup untuk support makanan ayam mereka. Cuma para penternak menjaga sahaja.

Ia berlainan dengan ayam kampung. Sebab tu ayam kampung mahal. Cuba renung ye ayam daging 35 hari ke 40 hari manakala Ayam Kampung 3 bulan bersamaan 90 hari. Fikir dan renunglah. Dari segi perbezaan memang banyak.

Tetapi ada caranya untuk kita cut short ke 90 hari. Caranya ialah bagi ayam kampung tu makanan jangan putus dan ubat. Jangan lupa selepas membeli anak ayam tu beli unbat New Caslte Deases ND harga dalam RM 15 sahaja. titskan kemata atau malas, campurkan kedalam air bagi semua ayam tu minum. Tu sahaja. Macam makanan tu mesti jaga kalau termiss pasti berat tak naik lepas tu kurus. Tapi selera besar

Tapi yang paling penting mestilah sabar dan tabah. Bagi saya dunia penternakan ni memerlukan pengalaman. Bukan semata-mata pergi kursus. Ingat semasa kursus lain dengan keadaan sebenar. Maklumlah suasana dan faktor cuaca lain. Kenapa? Sebab keadaan satu hal, da nyang paling merisaukan ialah angin. Ingat penyakit datang melalui angin. So berjaga-jagalah. Nanti saya story lagi.

Reban anak ayam

Salam,

Sekarang planning nak buat reban anak ayam. Bukan apa mudah nanti nak buat pusingan ayam berdasarkan keperluan. Bila kira-kira dan tengok lokasi sesuai dibuat bersebelahan dengan reban besar. Maksudnya bersebelahan. Bukan apa senang nanti bila cukup 3 minggu anak ayam tadi di transfer ke reban besar mengikut petak pusingan.

Keluasan reban anak ayam 10 kaki X 10 kaki. Anggaran RM800 lebih. Ok la janji keluasan reban dapat menampung kuantiti anak ayam yang akan dimasukkan. So nielah gambarnyer.

Anggaran kemasukkan setiap pusingan 1000 ekor anak ayam.




Semangat betul diorg nie. Yang chief tu pakai Topi tu.








Kisah Semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman
merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di
tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan
ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada
rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal
semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu
kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini
sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri
dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.
Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku
bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada
kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku
takut kamu lupa".

Friday, March 4, 2011

Ayam Senaling

Dah lama tak update rasanya. Hmm maklumlah terlalu sibuk dengan hal kerja lagi. So sekarang perniagaan dah register. So senang lagi nak masuk pasaraya-pasaraya. Sekarang nie selepas bajir tempoh hari banyak pengajaran telah saya pelajari. Dan ambil iktibar dan sentiasa bersedia dalam sebarang kemungkinan. So sekarang ayam dah banyak bertambah. Sekali masuk 600 ekor ke 700 ekor. Baka yang dapat pun cantik dan tahan lasak. Ayam Kampung Ipoh.





Oklah Alhamdulillah. Dapat juga recovery. So moral of the story. Berhati-hati 


Yang nie namanya Ayam Selasih. Ayam Kak Limah tu...ayam hitam. Sifatnya manja.



So gambar diatas tu gambar reban yang telah dinaik taraf. Ok lah. Ingat nak panjangkan lagi reban tu. Tapi biasalah kadang bila kita berusaha untuk berjaya ada orang yang dengkikan kita. Tak boleh tengok orang senang sikit. Tutup kawasanlah..macam-mam manusia nie. Saya berharap sangat kita sesama bangsa berusaha bersama. Kan bagus tu.