Lama benar tak update. Minggu lalu sebelum raya cina...huh..banjir teruk. Habih reban dimasuki air. Tak sangka juga hujan tak berenti-renti. Sedih bukan kepalang la. Rasa nak pecah je jiwa dan hati. Dalam reban dah macam tmpt ternak ikan keli dgn talapia je. Tu la...bila Allah menurunkan hujan kepada kita....kita marahkan kenapa la hujan nie turun dengan lebatnya...... tapi kita tak tahu ada tempat yang tidak ada hujan atau di dalam bumi sendiri kekurangan air......
Takpe la nie la dugaan namanya. Biarlah saya belajar. Bukan senang nak senang.. Ayam banyak juga yang mati. ada dekat 50ekor. Hmmmm takpelah.... belajar dari kesilapan dan bencana yang mendatang.
Habis dalam tu. Terpaksa buat parit bagi air tu keluar terus dari reban
Bayangkan ler dah jadi lumpur. Hmmmm reda dan tawakal.
Sesungguhnya setiap dugaan dan cabaran itu datang darinya. Ambil iktibar dan jadikan contoh dari yang berjaya, dan bantulah dari sesiapa yang memerlukan.Yakin bahawa setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya Jangan mudah mengalah sesungguhnnya SABAR ITU AMATLAH INDAH INGATLAH "kegagalan adalah IBU kpd segala kejayaan"
Friday, February 11, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Salam, Saya ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama. Berikut adalah jenis-jenis penyakit ayam yang saya dapat di beberapa laman w...
-
Salam, Sekarang planning nak buat reban anak ayam. Bukan apa mudah nanti nak buat pusingan ayam berdasarkan keperluan. Bila kira-kira dan ...
-
Berikut adalah jalan untuk ke Kolam Pancing Gemencheh atau dikenal Gemencheh Fishing Center. Apa yang ada di kolam ini adalah Kantin, S...