Thursday, December 16, 2010

Penyakit Oh Penyakit

Assalammualaikum,

Hmm tak disangka batch ayam kampung yang di beli dari Kilang Poultry Farm  banyak masalah. Terlalu manja. Nak disalahkan kilang tersebut pun sukar juga sebab mereka tentu lebih arif berkenaan perihal ayam nie. Tapi yang menanggung kos kita. Masalah yang melanda Ayam Kampung saya nie ialah mungkin mereka termakan cendawan racun yang tumbuh didalam reban. Maklumlah musim hujan begini..kawasan lembab je. So saya cubalah berhubung dengan pakar-pakar veterinar antaranya Dr dari Progresive Farming, Dr Ganesan dan berbagai-bagai lagi. So yang hadir ialah doktor dari Progresive iaitu Mr Han.  Dia datang melawat dan memantau keadaan reban dan memang dia akui ayam nie tak berapa sesuai duduk ditanah nie contoh ayamnya :-

Nak kata ayam nie tak bagus..bagus. Mungkin cara jagaan yang silap. Tapi berbeza dengan anak ayam kampung kaki panjang. Lebih tahan lasak dari yang ini berkaki pendek.
Comel anak ayam nie. Tapi memerlukan tahap penjagaan yang baik.

So bila berat dah mencecah 500gram ke 600gram mula satu-satu rebah dan mati. Nasib juga masa beli tu hanya 100 ekor sahaja. Tapi ada juga repeat buying 200 ekor dari tempat yang sama. So yang banyak mati nie yang 1 batch dari kilang 100 ekor tu.

Ayam berak darah, monyok, langsung tak aktif. Walhal sebelum nie masa penjagaan ayam kampung kaki panjang takder pun benda nie berlaku. Tapi yang dari kilang nie...macam nie pula masalahnya. Ambil dari kilang memang murah. Rupanya penjagaannya lagi susah. masa call Dr ada yang kata maybe Newcastle Dieases (sampar) So rasanya bukan. Kalau sampar semua on the spot mati. Tapi ada yang ok lagi.

Yang nie berak berdarah. Punca usus rosak, atau termakan cacing dari tanah.
So bawah adalah nama ubatnya :-



Caranya adalah jika hanya 0.15gram sahaja dimasukkan kedalam air. Ubat nie hanya tahan lapan jam sahaja. Selepas tu tukar yang baru dan apply semula.

No comments:

Post a Comment