Thursday, December 16, 2010

Reban Baru

Assalammualaikum,

Sibuk pulak dua tiga hari nie. Maklumlah keje dipejabat lagi. So berjaya juga reban baru disiapkan hasil dari penyambungan dari reban lama. Keluasan ada lebih kurang 23 X 50 kaki.











Penyakit Oh Penyakit

Assalammualaikum,

Hmm tak disangka batch ayam kampung yang di beli dari Kilang Poultry Farm  banyak masalah. Terlalu manja. Nak disalahkan kilang tersebut pun sukar juga sebab mereka tentu lebih arif berkenaan perihal ayam nie. Tapi yang menanggung kos kita. Masalah yang melanda Ayam Kampung saya nie ialah mungkin mereka termakan cendawan racun yang tumbuh didalam reban. Maklumlah musim hujan begini..kawasan lembab je. So saya cubalah berhubung dengan pakar-pakar veterinar antaranya Dr dari Progresive Farming, Dr Ganesan dan berbagai-bagai lagi. So yang hadir ialah doktor dari Progresive iaitu Mr Han.  Dia datang melawat dan memantau keadaan reban dan memang dia akui ayam nie tak berapa sesuai duduk ditanah nie contoh ayamnya :-

Nak kata ayam nie tak bagus..bagus. Mungkin cara jagaan yang silap. Tapi berbeza dengan anak ayam kampung kaki panjang. Lebih tahan lasak dari yang ini berkaki pendek.
Comel anak ayam nie. Tapi memerlukan tahap penjagaan yang baik.

So bila berat dah mencecah 500gram ke 600gram mula satu-satu rebah dan mati. Nasib juga masa beli tu hanya 100 ekor sahaja. Tapi ada juga repeat buying 200 ekor dari tempat yang sama. So yang banyak mati nie yang 1 batch dari kilang 100 ekor tu.

Ayam berak darah, monyok, langsung tak aktif. Walhal sebelum nie masa penjagaan ayam kampung kaki panjang takder pun benda nie berlaku. Tapi yang dari kilang nie...macam nie pula masalahnya. Ambil dari kilang memang murah. Rupanya penjagaannya lagi susah. masa call Dr ada yang kata maybe Newcastle Dieases (sampar) So rasanya bukan. Kalau sampar semua on the spot mati. Tapi ada yang ok lagi.

Yang nie berak berdarah. Punca usus rosak, atau termakan cacing dari tanah.
So bawah adalah nama ubatnya :-



Caranya adalah jika hanya 0.15gram sahaja dimasukkan kedalam air. Ubat nie hanya tahan lapan jam sahaja. Selepas tu tukar yang baru dan apply semula.

Friday, December 10, 2010

Tangkap dan Salai

Syukur alhamdullillah..  terjual juga ayam kampung. Memang cantik la timingnyer. Time raya puasa habis semua terjual.


Proses menangkap ayam



Hah macam tu la proses membuat ayam salai. Masa nie jam 5.50 pagi tu.So bila dah siap disalai beginalah akhirnya...

Masa umur ke 40 hari

Assalammualaikum,

So rasanya dah hari ke-40 ayam nie. Syukur alhamdulillah..semuanya berjalan baik. So melalui bulan ramadan bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab dengan kerja di K.L lagi. So setiap minggu drive bali kke Gemencheh. Lebih kurang petang Jumaat balik ke Gemencheh dan Ahad petang bali ke K.L  semula. Penat mmg penat. Tapi minat punyer pasal rasa kurang sikit lah. So nie update gambar .

Yang diatas tu ayam botak. SSo baka ayam nie memang macam nie. Leher je yang takder bulu. Tapi kepala ada. Hehehe. Macam-macam jenis ayam nie.

So gambar diatas adalah gambar terkini. Anak ayam ni lebih kurang gitu juge. Berat ada yang dah mencecah 1KG ke atas.


Sekian. nanti ada masa lagi saya update lagi.

Masa umur 34 hari

Assalammualaikum,


Setelah beberapa minggu...inilah perkembangan ayam kampung yang sudah mula membesar. So dari mulannya palnning nak masuk sikit-sikit so bila tengok perkembang ayam kampung nie begitu baik. So saya tambah lagi 200 ekor. So dalam reban yang bersaiz 30 X 23 tu mmg cukup sangat kuantiti ayam tu.

Yang tu tambah lagi 200 ekor. Masa kecik memang tak nampak banyak. Tapi tengok gambar dibawah tu. Baru 100 ekor.

So nilah ayam pertama yang dibeli sebanyak 100 ekor. Kadar kematian dalam 2 ekor. Masa nie umur anak ayam baru mencecah 34 hari berat lingkungan 600 gram ke 800gram.

So masa nie tengok seronok sangat gelayat ayam nie. Setakat nie saya gunakan bekas mana yang ada sebab dulu abg ipar ada juga ternak ayam kampung tapi tiba-tiba stop. So dengan keizinan dialah saya menggunakan reban dia untuk menternak ayam kampung nie. Hmm alangakah baiknyer kalau dapat persebarkan reban nie...

Dugaan dan Cabaran

Sesungguhnya banyak rintangan dan dugaan yang perlu dilalui untuk berjaya dalam hidup. Bermulalah kisah ternakan ayam kampung. Projek sebenarnya bermula bulan  Julai 2010. Masa tu saya dan isteri berbincang perniagaan apa yang nak dibuat. Ketika itu saya di Kampung Isteri di Gemencheh Negeri Sembilan.

Fikir punyer fikir ternampak lah reban ayam abg ipar yang kosong dan masih elok. So saya pun mencadangkan kepada isteri saya...apa kata kita ternak ayam. Apa lagi masa tu, terus je masuk terus ke reban tu dan terus kemas, dan buat tempat letak anak ayam tu seperti gambar dibawah.

So....bermulalah kisah saya menternak ayam. So ayam pertama masuk pada 4 Julai 2010. Semua ayam dibeli di kedai Haiwan di Tampin dengan harga yang berpatutan ketika itu. Kali pertama saya mengambil 100 ekor anak ayam kampung Kacuk.

Ni la tempat pertama mula - mula buat ayam kampung.

Ok la mula-mula ternak ayam nie. So masa nie umur anak ayam baru 5 hari. Bermula hari nie juga lah saya setiap minggu balik ke kampung untuk melihat hasil ternakan memandangkan saya tinggal di Kuala Lumpur. Maklumlah buat business part time.

Gambar Reban dari luar. So yang jaga ayam nie ialah adik ipar. Tu gambar dia yang tak pakai baju tu. Then Ayah mertua dilantik sebagai Chief Marketing.