Friday, June 10, 2011

Update Ubat

Salam,

Dah masuk hari nie banyak betul ayam mati. Hmm biasalah.... tu orang kata. Tapi saya kata itu tak boleh jadi. So panggil lah doktor veterinar Dr Dolly. Periksa punyer periksa rupanya ayam lemah akibat dari kurangnya vitamin. Tapi ubat ada yang aplly. Mungkin ada pencemaran keatas air yang diberi. Huh mengeluh juga. Puluh juga la yang mati. Reda je la. Nak bertekak pun tiada gunanya. Cuma ambil iktibar dan berusaha semula. Itu jugalah yang saya tanamkan didalam hati.

Dr juga bagi tau ayam nie mudah sangat kena selsema. So kalau selsema, kenalah bagi ubat selsema. nama ubat Clamovex. Ubat tu macam 2 dalam 1 jugalah iaitu Selsema dan berak cair. Tu la penyakit ayam nie. Kalau nak apply ND pun letih juga. Tu pencegahan dari awal. kalau dah besor iaitu lebih dari umur ayam 15 hari pun macam tak guna juga.

So Dr nie sarankan pada saya. Untuk anak ayam yang berumur 1 ke 26 hari cari ubat yang mempunyai sukatan asid amino didalam ubat tu. Sebab dalam tempoh tu, anak ayam baru nak membesar. Memang memerlukan asid amino dan vitamin untuk tumbesahan. Biasalah tulang, kepak, hidung, bulu dan sebagainya.

Bila umur mencapai lebih dari 30 hari baru apply uat yang menaiikan berat badan. Ubat untuk menaikkan otot-otot ayam. Maklumlah masa tu lah semua nak membesar. Barulah saya faham sebenaranya. Bukan main ikut suka sahaja. Maklumlah. Banyak juga penternak saya ada hubungi. Namum jawapan yang diberikan semua berlainan. So cara mudah contact saja Dr haiwan. mereka sedia membantu. It's free. No charge. .

 Yang nie ubat Selsema dan Berat Cair. Cara bancuhan kalau satu tong besar tu guna setengah sudu atau sudu kecik je.
Yang nie Ubat Hidro Rex Vital. Digunakan selepas Ayam berumur 25 hari keatas.  Apply pada satu tong atau 0.5ml je atau setengah sudu besar atau besar sudu kecik.

Vita Pak digunakan kepada anak ayam yang berumur 1 hari ke 25 hari. Tujuannya untuk memperkembangkan tulang-tulang, kepak, mata, hidung dan sebagainya. 








4 comments:

  1. Assalam bang kt mne sy ble dptkan ubat2tan dan ubat ni...

    ReplyDelete
  2. Pada saya pun ada. Kalau nak bagi tahu. Ayam macam mana sekarang? Dah ok ke?

    ReplyDelete
  3. Harga dia brape?Allahamdulilah nmpak mcm ok je skrg ni tggl 45 ekor je tp sy tgk ade 3 ekor tu mcm bantut je xnk besar2..

    ReplyDelete
  4. Sorry lambat sangat reply. Sibuk sangat. Ubat tu kalau nak saya boleh usahakan. Apa-apa email saya di adifarulez@gmail.com

    ReplyDelete